Majlis Pelancaran BP myScience 2010 23.06.2010 (Rabu) 7.30 pagi Dewan Sepakat
Majlis ini dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En. Zulkafli b. Abd.Rahman. Semua guru dan murid terlibat. Antara inti pati ucapan majlis pelancaran tersebut ialah aktiviti yang akan dijalankan berkaitan dengan program BP myScience. Semua murid digalakkan melibatkan diri dalam program ini.
Semua murid berkumpul di dewan untuk majlis pelancaran BP myScience 2010.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program BP myScience 2010 21.06.2010 (Isnin) 1.30 petang Bilik Mesyuarat Sk Paka III
Guru Besar, En.Hamzah b. Ahmad menyampaikan taklimat tentang program BP myScience 2010. Program tersebut melibatkan semua warga Sepakat. Beliau juga turut memaklumkan tentang pembahagian tugas dan aktiviti yang akan dijalankan bersesuaian dengan kempen BP myScience mengenai alam sekitar.
Semua guru mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru besar.
Antara kriteria yang terdapat dalam program BP myScience 2010.