Info

Kitar Semula



Apakah “Kitar Semula”?
  • Kitar Semula membawa maksud Kaedah atau teknik memproses bahan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan supaya dapat digunakan semula.
  • Kitar semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dapat digunakan kembali.
  • mengasingkan, mengumpul, memproses dan menggunakan bahan yang telah dipakai dalam kehidupan harian 
  • diguna atau diproses dengan menghasilkan satu produk baru untuk menghindari pembaziran bahan yang masih boleh diguna,
  •  mengurangkan penggunaan bahan mentah,
  •  mengurangkan penggunaan tenaga, 
  • mengurangkan pencemaran udara (daripada pembakaran) dan air (daripada pemendaman tapak pembuangan sampah) dengan mengurangkan pembuangan bahan lazim dan mengurangkan gas kesan rumah hijau, berbanding dengan proses panghasilan produk menggunakan bahan asas.
Bahan - bahan untuk kitar Semula
  • Bahan yang boleh dikitar semula termasuk pelbagai jenis kaca (botol-botol kaca), kertas (majalah, surat khabar), logam (tin minuman), plastik (botol atau bekas plastik), tekstil dan barangan elektronik. 


Earth Hour 2010




Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008. Earth Hour 2010 akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 jam 8:30 malam, waktu tempatan.